Biodata Kampung


Keluasan Kampung :  *450 ekar
Tanah Pertanian – dusun, tanaman sayuran
Tanah Perkuburan dan jerat
Tapak Kediaman – rumah dan bangunan kilang

Kedudukan Kampung
:
1 km dari Pekan Gurun
3 km dari Pekan Guar Chempedak
0.5 km dari kaki Gunung Jerai

Sempadan
Kampung
:
Utara :     Kampung Kepala Bukit dan Kampung Jelatang
Selatan :  Kampung Gurun dan Taman Gurun Jaya
Timur :     Kampung Masjid Baru/Pekan Atap dan Kampung Guar Jumaat
Barat :     Hamparan Gunung Jerai

Pentadbiran
:
Mukim :   GurunPenghulu
Daerah:   Kuala MudaPegawai Daerah
Negeri:    Kedah Darul AmanMenteri Besar

Info
Kegunaan
Tanah :
Tapak Kediaman - rumah dan bangunan kilang
Dusun buah-buahan – durian, cempedak, rambutan
Sayur-sayuran, pisang, nenas dan salak

Info Penduduk :
Bilangan Rumah:         200 buah
Bilangan Penduduk:    800 orang




Sejarah Kampung 

Kampung Sungai Badak telah didiami pada awal 1900an iaitu kira-kira seratus tahun dahulu dan telah dibuka oleh Tok Taib dan beberapa ahli keluarga terdekat. Pada Awal penubuhan kampung ini, ia telah dinamakan dengan nama Kampung Sungai Badak bersempena dengan fenomena pelik yang dialami oleh penduduk kampung pada masa itu. Ekonomi penduduk pada awalnya adalah berasaskan pertanian iaitu sebagai pesawah, petani kecil dan hanya sebilangan kecil mempunyai dusun buah-buahan bermusim. Kampung ini telah berkembang pesat dimana ekonomi penduduk kampong selepas merdeka adalah mengusahakan sawah, dusun buah-buahan bermusim dan ada sebilangannya telah berkerja sebagai pegawai kerajaan.
  
 Pada tahun 1970an, sebilangan penduduk kampong ini telah dianugerahkan tanah dipinggiran kaki Gunung Jerai oleh Sultan Kedah dan dinamakan dengan kampung Rancangan Teratur. Oleh sebab itu, kampung Sungai Badak telah distukturkan semula pentadbirannya dengan mengabungkan beberapa buah kampung seperti Kampung Sungai Kunit, Kampung Sungai Badak 1, Kampung Sungai Badak 2, Kampung Sungai Badak 3 dan Rancangan Teratur. Semenjak itu, Kampung ini bertambah pesat berkembang dengan mempunyai kemudahan asas yang lengkap dan ekonomi penduduknya tidak lagi mengusahakan sawah tetapi beralih ke kegiatan ekonomi yang lain.

Dari segi Geografi, kedudukan kampung amat strategic kerana merangkumi kawasan tanah pamah dan juga tanah tinggi. Ini kerana kampung ini terletak di pinggiran kaki Gunung Jerai, iaitu puncak tertinggi di negeri Kedah setinggi 1,217 meter (3,993 kaki). Kampung ini bersempadanan dengan beberapa kampung lain iaitu Kampung Jelatang, Kampung Masjid Lama (Pekan Atap), Kampung Masjid Baru dan beberapa buah taman perumahan. Kampung Sungai Badak hanya terletak kira-kira 1km dari Bandar Gurun dimana ia menjadi nadi ekonomi masyarakat kampung. Kampung ini tidak jauh dari Bandaraya Alor Setar, iaitu ibu Negeri Darul Aman kira-kira 35km dan dari Bandar Sungai Petani, salah satu bandar utama di Kedah.
   
Kampung ini telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan pada 16hb Julai 2008 sebagai Homestay Kampung Sg Badak. Kampung ini pernah memenangi tempat kedua Pertandingan Desa Wawasan pada tahun 2006 dan tempat ketiga dalam Pertandingan Desa Cemerlang pada tahun 2007 di peringkat daerah Kuala Muda dan sering menjadi tuan rumah bagi Program Keluarga Angkat anjuran Jabatan-Jabatan Kerajaan.




 Maklumat Asas


Parlimen:
 P 12 - JERAI
Ahli Parlimen:
YB MEJAR JENERAL (B) DATO' SERI HAJI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM
DUN:
GURUN
Ahli DUN:
YB DR LEONG YONG KONG
Pegawai Daerah:
DATO’ AHMAD FISOL
Penghulu Mukim:
ABDUL HAMID BIN ISMAIL
Kategori Ketua Kampung :
GERAKAN DESA WAWASAN
Nama :
HJ SAID BIN BAKAR




Logo Kampung



Motto: MUAFAKAT

                                                                                                                                                            















No comments:

Post a Comment