Homestay



SEJARAH HOMESTAY KG SG BADAK

Kampung Sungai Badak yang terletak dipinggiran Gunung Jerai dengan aliran sungai yang jernih , berbatu batan dan kaya dengan sumber hutan seperti kayu – kayan , rotan , bertam serta flora fauna.
                Keindahan yang ada mengilhamkan JKKK untuk memacu perkampungan Sungai Badak sebuah kediaman HOMESTAY atau INAP DESA.Hasrat ini mendapat perhatian Pegawai Pertanian Daerah Kuala Muda sekitar bulan November 2006.
                Hasil persefahaman bersama satu jawatankuasa ditubuhkan.Lanjutan daripada itu , seramai 20 orang penduduk yang berminat melibatkan diri dalam Program Homestay dipilih menghadiri kursus “ ASAS PELANCONGAN DESA “ dari 5 hingga 9 SEPTEMBER 2007 di HOTEL CITY PARK , MELAKA dan HOMESTAY PACHITAN , NEGERI SEMBILAN atas anjuran INFRA.



VISI HOMESTAY KG SG BAD
Untuk menjadikan HSKSB sebagai penginapan yang selesa
untuk pelancong tidak kira sama ada dari luar negara mahupun tempatan.


MISI HOMESTAY KG SG BADAK
Memberi layanan mesra kepada pelancong dan hasil kemesraan
 itu mengakrabkan hubungan antara kedua – duanya


MATLAMAT HOMESTAY KG SG BADAK
1.Menjadikan HSKSB sebagai produk pilihan dan penginapan untuk pelancong.
2.Memberikan perkhidmatan yang mesra
3.Meningkatkan daya hidup penduduk kampung terutamanya keluarga
yang mengusahakan homestay

Facebook:

No comments:

Post a Comment